Kenapa manusia itu mempunyai pelbagai jenis sikap? kenapa ada yg sanggup menjadi manusia talam dua muka? kenapa ada yang sanggup senang bersama tp tidak semasa waktu susah? Kenapa ada yang sanggup menyembunyikan sesuatu yang sepatutnya dikongsikan bersama?
Aku bosan melihat manusia seperti ini, aku sememangnya bukan manusia yang sempurna tapi aku cuba utk menjadi manusia yang sentiasa ikhlas dan jujur dalam semua perkara, aku bosan menjadi kawan dengan manusia seperti ini kerana aku tidak sanggup menitiskan air mata hanya untuk mereka sedangkan mereka tidak sanggup susah bersama diri ini walaupun hanya untuk sekali.
Adakah aku insan yang hina sehinggakan sanggup diperlakukan seperti ini, adakah aku insan yang tidak mempunyai perasaan yang tidak mengenal apa itu erti sedih, gembira dan kecewa, adakah aku hanya layak menjadi insan yang seperti "habis madu sepah dibuang", adakah aku tidak layak untuk berada dikalangan kalian?? Sesungguhnya, aku sedih melihat sikap kalian, aku sering kali hampir menitiskan air mata disebabkan kalian, tapi pengalaman mengajar aku menjadi lebih tabah dan kuat utk menghadapi manusia yang mempunyai sikap seperti kalian.
Kenapa senang sangat untuk orang melukakan hati ini tetapi sangat susah utk diriku meluka kan perasan mereka? kenapa aku tidak sanggup balas ape yang telah mereka buat pada diriku,aku mempunyai hati yang sama seperti mereka, aku mempunyai akal yang sama seperti mereka utk memboleh kita sebagai manusia membezakan antara baik ataupun buruk. Tapi aku hairan bagaimana mereka sanggup melakukan aku sebegini..
Kita semua sudahpun mencecah usia dewasa, kita sepatutnya menjadi lebih matang dalam segala hal, matang dari segi fikiran, perbuatan, percakapan dan segala-galanya. Tapi apa yang kalian tunjukkan selama ini seperti yang kalian tidak matang, sesungguhnya aku memohon ampun terlebih dahulu kerana terpaksa mengatakan bahawa kalian punya sikap tidak ubah seperti seorang kanak-kanak yang tidak tahu berfikir..
Aku hanya insan yang suka memerhatikan sikap manusia yang pelbagai ragam, yang sentiasa belajar untuk menerima sikap mereka, tapi diriku hanya manusia yang lemah, tidak terdaya untuk aku berdepan dengan manusia seperti ini, susah untuk aku menegur sikap kalian kerana aku tidak layak untuk menegur kalian tapi hanya sekali aku pinta kepada kalian, jadila manusia yang ikhlas dan jujur dalam setiap hubungan yang dicipta, sesungguhnya kalian akan menjadi orang yang disenangi ramai.
Aku sayang pada kalian tp cubalah ubah sikap kalian, sebelum aku menarik diri dari hidup kalian..
Kepada sahabat aku yang sentiasa bersama susah dan senang, aku sangat menghargai setiap perkara yang kamu telah lakukan utk diriku ini..tidak sesekali aku akan melupakan apa yang telah kamu lakukan.Hanya YG ESA layak membalas jasa kalian.
LOVE U ALL SO MUCH...
YA ALLAH, YANG MAHA BIJAKSANA DAN MAHA MENGETAHUI, KAU berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi semua dugaan yang kau turunkan kepada diriku yang lemah ini.
p/s I miss my mum so much..
Enough is enough!
1 year ago
No comments:
Post a Comment