Sunday, March 29, 2009

28.3.2009

Pada 28.3.1988, seorg ibu telah melahirkan anak perempuan yg bernama Nor Shazana binti Mohd Sharif, dan semalam genap la umur aku 21 thn..

Menjadi manusia yg telah berumur 21 thn, membuat kan aku berfikir sejenak tentang hidup aku.Aper yg aku telah capai selama aku hidup, berapa byk yg telah aku korban kan utk mencapai cita2 aku sehingga hari ini, berapa byk yg telah aku susahkan ibu bapa aku, brp byk yg telah aku balas jasa baik setiap insan yg pernah menolong diriku ini, berapa pahala yg aku kumpulkan sehingga ari ini, berapa dosa yg telah aku buat, aper yg aku telah lakukan utk kebaikan org lain dan byk lagi..ms pk benda2 nie, aku terdiam sekejap..

Masa telah berlalu, masa tak akan menunggu kita, masa telah meninggalkan aku, sama ada aku sedar atau tidak, sudah byk yg aku ketinggalan..Aku leka dgn mengejar cita2, aku leka mengejar sesuatu utk kepentingan diriku, aku leka utk berfikir mengenai org2 yg berada di sekelilingku, aku leka utk mengejar duniawi..Aku harap aku tidak leka sehingga melupakan mu YA ALLAH..

Manusia yg leka ialah manusia yg kerugian, aku tak mahu menjadi manusia yg leka, aku x mahu menjadi insan yg x menghargai jasa org..aku mahu jadi manusia yg tidak menyusahkan parents aku atau sesape pun,aku mahu membantu org yg dlm kesusahan, aku mahu org yg berada di sekeliling ku tersenyum kegembiraan..tp aku hny insan biasa yg lupa dan leka..

Sejak kebelakangan ini,aku risau perkara yg bukan2..tp aku berserah, aku hanya berdoa yg aku sempat mencapai cita2 aku kerana aku ingin membalas jasa ibu bapa aku..tp semuanya telah ditentukan, aku sebagai hamba, aku hny mampu utk berdoa dan berharap aku sempat membalas jasa mereka semua.

p/s: sori yer kpd sesape yg aku ader wat silap..hehehehehe..tc

No comments:

Post a Comment